Buletin

Najib Mahu BM Jadi Bahasa Utama Dunia 2050

Datuk Seri Najib Tun Razak percaya bahasa Melayu mampu menjadi bahasa utama bukan sahaja di rantau ASEAN malah di peringkat dunia.

Perdana Menteri berkata, usaha bagi memartabatkan bahasa ibunda itu mampu dicapai menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50) kelak.

“Bahasa Melayu akan sentiasa kerajaan Barisan Nasional (BN) perjuangkan, martabatkan ke tahap lebih tinggi.

“Ia melambangkan jati diri bangsa,” katanya menerusi status dimuat naik di akaun Twitter beliau hari ini.

Tambahnya lagi, Bahasa Melayu akan dimartabatkan kedudukannya seiring de­ngan hasrat menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 20 buah negara paling berjaya menjelang TN50.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu melihat bahasa Melayu menjadi bahasa utama di rantau ASEAN dan sebagai salah satu bahasa pengantara utama di peringkat global.

Sumber: Utusan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top