Umum

4 individu menyewa kenderaan untuk pecah kedai berjaya ditahan

Gambar Utusan

4 individu, 3 lelaki dan 1 wanita, telah berjaya ditahan selepas kegiatan menyewa kenderaan pacuan 4 roda untuk melakukan jenayah pecah kedai di Rompin, Mersing dan Kluang berjaya dikesan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, semua suspek yang berusia antara 24 hingga 38 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan, pada hari yang sama.

“Suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, suspek kedua mempunyai tiga rekod jenayah dan satu dadah, suspek ketiga (wanita) mempunyai satu rekod dadah dan keempat mempunyai satu rekod jenayah serta tiga dadah.

“Suspek turut mengaku melakukan pecah masuk kedai dengan lima kes di Kluang, masing-masing satu di Mersing dan Rompin,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Polis turut merampas dua utas gelang tangan emas, 26 keping kad tambah nilai, beberapa wang tunai bernilai RM960 dan sebuah kereta Proton Gen2 yang dilaporkan hilang di Kampung Gajah di Kluang dengan nilai keseluruhan kira-kira RM25,000 tidak termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipercayai disewa untuk melakukan aktiviti itu.

Semua suspek kini ditahan reman hingga 25 Oktober ini dan seorang lagi lelaki dikenali sebagai M. Munisiran, 32, dengan alamat terakhirnya di Masai dipercayai sebagai dalang jenayah itu masih diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 14 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

 

Sumber Utusan

PALING POPULAR

To Top