Umum

Lelaki berusia 42 tahun maut diserang, dibaham buaya

Gambar Sinar Harian

Seorang lelaki berusia 42 tahun maut diserang buaya ketika mencuci pakaian dan mandi di tebing Sungai Terusan Dumundung, Sukau, pada hari Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Kamirun Malul, ditemukan sekitar jam 3.30 petang di dalam mulut buaya sebelum dilepaskan kira-kira 500 meter dari lokasi diserang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.10 petang.

Berikutan itu, seramai 5 anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 62 kilometer dari BBP Kota Kinabatangan.

Menurut kenyataan rakan mangsa, buaya itu menyerang dan membaham kaki mangsa ketika mangsa sedang mencuci pakaian dan mandi di tebing sungai.

Penduduk kampung telah mengekori buaya tersebut dan melihat mangsa masih berada di mulutnya.

“Tubuh mangsa kemudian dilepaskan dan penduduk kampung bertindak mengambil mayat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, mayat mangsa telah dibawa ke rumah keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.38 petang,” katanya.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top