Diet

6 Cara Mudah Buang Lemak Degil Pada Peha!

Pasti ada diantara anda yang berhadapan dengan masalah peha besar kan? Badan langsing tetapi peha besar? Mesti malu nak pakai seluar jeans dek kerana peha macam gajah? Haaa jangan risau!

Jom kita tengok antara cara muda untuk mengecilkan peha anda. Tapi anda kena disiplin, barulah boleh miliki peha idaman anda.

Minum air putih

Air putih sangat diperlukan oleh tubuh bukan hanya untuk elakkan dehidrasi tetapi juga membantu membuang kotoran dan memproses pembakaran lemak.

Makan makanan rendah kalori

Elakkan makan fast food, makanan berminyak, tinggi gula dan tinggi lemak. Nak dapat kesan yang anda inginkan, kena DISIPLIN. Amalkan sayur-sayuran dan buah-buahan dan makanan kaya serat.

Dapatkan tidur yang cukup

Tidur dapat membakar lemak badan. Dalam keadaan tidur, lebih kurang 45-115 kalori akan terbakar. Tapi jangan makan sebelum tidur kerana ia jadi punca peha anda besar!

Jangan stres

Lemak yang terkumpul di paha sukar dihapuskan walaupun dah bersukan. Tekanan akan menghalang pembakaran lemak tubuh, terutama di bahagian peha.

Jangan kerja berlebihan

Kerja berlebihan hingga stres dan lupa waktu rehat tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana ia meningkatkan berat badan sehingga sukar untuk mengecilkan peha.

Lakukan gerakan untuk kecilkan peha

Perlu tahu gerakan atau senaman apa yang sesuai untuk kecilkan peha. Berlari, naik tangga, squat, skipping dan berbasikal sangat membantu membakar lemak di paha.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top