Buletin

Muhyiddin Yassin Disahkan Positif Covid-19, Rakyat Doakan Cepat Sembuh

Presiden BERSATU dan juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif COVI-19 hari ini.

“Saya telah didapati positif COVID-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” tulsi beliau menerusi Facebook hari ini.

“Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah. Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM”

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” tambahnya lagi.

Sama-sama kita doakan semoga Tan Sri Muhyiddin Yassin cepat sembuh dan kembali berkhidmat untuk rakyat Malaysia seperti biasanya.

PALING POPULAR

To Top