Umum

8,120 guru baharu sudah boleh semak penempatan – Radzi

Seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara ‘one-off’ yang berjaya dalam temuduga Fasa 2 dan 3 boleh mula membuat semakan penempatan mereka bermula semalam.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kesemua mereka yang berjaya akan mula melapor diri di sekolah masing-masing bermula 1 Mac ini.

“Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat.

“Pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang adalah bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook hari ini.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik untuk mempercepatkan pelantikan dan penempatan baki pengambilan guru one-off dalam masa terdekat.

Jelasnya lagi, ia amat penting bagi menampung keperluan guru, khususnya untuk sesi persekolahan akan datang

PALING POPULAR

To Top