smart Malaysia telah mengumumkan tempahan untuk smart #1 telah dibuka sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) yang dipertingkatkan antara smart & Proton yang berlangsung di Nanning, China, baru-baru ini.
Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia berkata, smart Malaysia berbangga berada di barisan hadapan untuk ketibaan jenama smart di rantau ASEAN, setelah smart Automobile mengumumkan majlis penyampaian kereta pertama untuk smart #1 di Malaysia.
Katanya, pencapaian ini bermakna smart Malaysia kini bersedia untuk bermula dengan penghantaran kenderaan kepada pelanggan pada suku keempat tahun 2023 dengan 9 pengedar yang sudah bersiap sedia.
Bakal pembeli kini boleh menempah smart #1 melalui aplikasi “Hello smart App” dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.
Bagi 501 pelanggan pra-pesanan yang pertama, mereka akan menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui aplikasi Hello smart app.
Barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan Brabus yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.
Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk bergaya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Varian smart #1 Brabus pula ialah kereta berprestasi tinggi yang menampilkan reka bentuk luaran menarik dan dalaman yang benar-benar mencerminkan kereta elektrik berprestasi tinggi.
Varian smart #1 Pro menampilkan roda aloi 19 inci seretan rendah untuk kestabilan dan Bumbung Halo Panoramik untuk cahaya dan pemandangan semula jadi. Ia dikuasakan oleh Bateri LFP 49 kWh, menyediakan jarak WLTP sejauh 315 km.
Varian smart #1 Premium pula menawarkan tambahan ciri termasuk Lampu Depan CyberSparksLED + Matrix, Gril Hadapan Bercahaya, dan Bateri NMC 66 kWh. Ia dilengkapi dengan motor tunggal 200kW/343Nm yang memacu roda belakang, memberikan jarak WLTP sejauh 440km.
Varian smart #1 Brabus direka untuk peminat berprestasi tinggi, dengan masa pecutan 0-100 km/j selama 3.9 saat. Prestasi disampaikan oleh 315kW/543Nm Dual-motor All-Wheel-Drive powertrain, menawarkan pengendalian dan daya tarikan yang luar biasa. Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400 km.
smart #1 Pro boleh ditempah dengan warna luaran Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue, dan Future Green. Selain lima warna asal, smart #1 Premium turut menawarkan Atom Grey – Matte dan Lumen Yellow.
Anggaran harga bagi smart #1 Pro, Premium dan Brabus dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans) adalah dari RM200,000 hingga RM250,000.
Sumber smart Malaysia