Umum

JDT terus ke final selepas menewaskan Perak FC 8-1

Gambar Facebook Johor Southern Tigers

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan ke final Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Perak FC, 8-1 (aggregat 12-2) pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim malam Khamis.

JDT berjaya menembusi gol pertama perlawanan pada minit ke-11 apabila pemain kebangsaan, Arif Aiman Mohd Hanapi berjaya melepasi kawalan pertahanan Perak FC sebelum menewaskan Muhammad Farhan Abdul Majid.

Skuad Harimau Selatan berjaya menambah gol keduanya hasil Bergson Da Silva pada minit ke-27 sebelum Heberty Fernandes menjaringkan gol ketiga pada minit ke-31.

Separuh pertama perlawanan direhatkan pada kedudukan gol 3 – 1.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan itu dilihat semakin mengasak hebat ke pintu gol Perak FC bagi membuka jaringan.

Penyerang Fernando Forestieri berjaya menjaringkan gol keempat pada minit ke-52 sebelum Bergson menjaringkan gol kelima pada minit ke-59.

Pemain gantian, Syafiq Ahmad menjaringkan gol ke enam pada minit-61 dan seterusnya gol ke tujuh pada minit ke-77.

JDT kemudiannya dilihat mendominasi sepenuhnya permainan pada penghujung perlawanan dan sempat menambah satu lagi gol menerusi Heberty Fernandes pada masa kecederaan sebelum Perak FC menjaringkan gol saguhati menerusi Muhammad Firdaus Ahmad Fuad.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top