Hextar World di Empire City secara rasmi membuka pintunya kepada orang ramai pada 29 November 2025 menerusi satu sambutan meriah yang menampilkan gabungan budaya, komuniti dan hiburan keluarga sepanjang hari.
Destinasi baharu yang disasarkan sebagai “Pulse of Damansara” itu dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, aktiviti interaktif serta hiburan mesra keluarga, sekali gus mengundang pengunjung untuk meneroka ruang baharu yang ditawarkan.
Antara sorotan utama pada hari pembukaan ialah pelancaran High Street, iaitu promenade gaya hidup tertutup Hextar World yang dihidupkan dengan persembahan muzik, tarian dan perarakan warna-warni.
Hextar World Dibina untuk Komuniti
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hextar, Datuk Eddie Ong berkata, Hextar World dibangunkan sebagai destinasi yang mengutamakan hubungan antara komuniti, budaya dan kreativiti.
“Hextar World melambangkan satu langkah penting dalam cara kami membayangkan semula ruang untuk masyarakat. Kami mahu membina destinasi yang hidup, berhubung dan memberi inspirasi. Sambutan hari ini hanyalah permulaan,” katanya.
Menurut beliau, fasa pembangunan seterusnya yang dijangka pada 2026 akan terus menumpukan kepada pembinaan ruang mesra keluarga serta menawarkan tarikan baharu kepada pengunjung.
Persembahan Budaya dan Kontemporari Tarikan Utama
Pelbagai persembahan dipersembahkan sepanjang hari termasuk:
- Tarian fusion dan kontemporari
- Persembahan sarkas moden dan akrobatik
- Persembahan muzik langsung seperti biola dan perkusi
- Persembahan watak perayaan termasuk Santa
- Persembahan LED dan sarkas oleh Psycusix dan Luminatrix
Kemuncak sambutan ialah Tarian Perpaduan Malaysia yang menggabungkan elemen budaya Melayu, Cina, India serta Sabah dan Sarawak, diterajui pemegang rekod dunia Guinness, Lawrence Suari Mutu.
Penganjuran persembahan ini akan diteruskan setiap hujung minggu sepanjang Disember sebagai sebahagian daripada program perayaan Hextar World.
Perarakan Komuniti Meriahkan High Street
Salah satu acara utama ialah High Street Parade yang menampilkan artis jalanan, penari, pemuzik dan penghibur sarkas, sekali gus mencerminkan semangat komuniti dan kepelbagaian yang ingin diketengahkan oleh Hextar World.
Kempen “A Classic Christmas” Hingga Januari 2026
Bersempena pembukaan itu, Hextar World turut melancarkan kempen “A Classic Christmas” yang berlangsung dari 29 November 2025 hingga 4 Januari 2026 dengan pelbagai aktiviti termasuk:
- Pasar Krismas
- Bengkel keluarga
- Peraduan media sosial
- Promosi membeli-belah seluruh pusat beli-belah
- Pameran dan karnival jualan
Antara acara besar yang bakal berlangsung di Dewan Pameran Hextar World ialah Pet World Malaysia, AutoFest Sales Carnival dan Inspired Home Show.
