Awal hari ini tular surat perjanjian yang ditandatangani oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas persetujuan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-11.
Kandungan utama surat tersebut berkaitan perbincangan satu kerjasama antara Perikatan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat demi menyelamatkan negara dari kerosakkan oleh UMNO, juga Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan Facebook tampil membuat penafian berhubung surat tersebut.
Beliau mengesahkan bahawa Akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar.
“Surat yang tular itu adalah palsu. Tiada apa-apa persetujuan di antara Perikatan Nasional dan mana-mana parti lain”, ujar Muhyiddin.