Umum

Aeril jual Lamborghini miliknya, hasil jualan disumbangkan

Kereta mewah Lamborghini Aventador milik pelakon terkenal Aeril Zafrel telah dijual dengan anggaran harga RM2.1 juta.

Kebelakangan ini, tular di media sosial, Aeril, 35, atau nama sebenarnya Suhairul Sunari berkata, hasil jualan kereta itu turut disalurkan pada Misi Kemanusiaan di Palstin.

Menurutnya, kereta yang merupakan hadiah dari isteri tercintanya sudah digunakan sejak setahun lalu. Walaupun jarang dibawa berjalan, tapi ia tetap memberikan nilai sentimental.

Dikatakan Aeril membuat keputusan untuk menjual Lamborghininya memandangkan sudah ada beberapa kereta lain yang lebih kerap digunakan di rumah, dan Isterinya yang menghadiahkan kereta tersebut bersetuju dengan keputusannya.

Katanya, memiliki kereta itu sudah memenuhi impiannya selama ini.

“Sebelum ini saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada isteri nak beli kereta ini. Waktu itu dia tak bagi sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu diselesaikan.

“Mungkin sudah saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa, dua tiga tahun selepas itu tukar kereta lain pula. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi impian,” katanya

PALING POPULAR

To Top