Umum

AIA dan SSM Malaysia menganjurkan program kesihatan dan kesejahteraan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Kesedaran kesihatan mental ialah pergerakan sosial yang amat penting bagi meningkatkan pemahaman tentang penyakit mental. Ia juga dapat membantu mengurangkan stigma tentang kesihatan mental, dan meningkatkan akses kepada bantuan yang diperlukan bagi mereka yang memerlukannya.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia baru-baru ini, AIA dan SSM Malaysia menganjurkan program kesihatan dan kesejahteraan. Program ini mengetengahkan ceramah Kesihatan Mental oleh Perunding Psikologi Klinikal, MSU, Professor Dr. Zubaidah Jamil Osman dan antara topik ceramah termasuk “When to ask for help”, “How to listen with your heart” dan lain-lain lagi. Antara topik yang dibincangkan oleh Dr. Zubaidah adalah “Bagaimana untuk memberi sokongan kepada mereka yang menghadapi kemurungan”. “Apabila menolong seseorang dalam kemurungan, kita perlu berhati-hati supaya tidak buat mereka menyesal meluahkan perasaan mereka kepada kita kerana ia memerlukan tahap keberanian yang tinggi untuk bercakap tentang kondisi kemurungan mereka,” kata Dr. Zubaidah kepada NH Online apabila ditemui selepas sesi ceramahnya.

Antara aktiviti menarik dijalankan ialah permainan memberangsangkan minda bertemakan Kesihatan Mental dibawakan oleh The Gamification Guy, Encik Sufiz Mohd Suffian; pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan oleh Cardiac Vascular Sentral (CVS), PERKESO dan Klinik Medipesona; demo CPR oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKK); pemeriksaan mata percuma oleh Oxylife dan Nur Kaseh; dan fisio percuma oleh FisioUzma.

Huzaifah dari JKK SSM melakukan demo CPR

Program ini menyaksikan lebih 300 peserta dan lebih dari 10 vendor termasuk AIA Insurance, Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKK) SSM, CVS, Klinik Medipesona, Fisio Uzma, Oxylife, Nur Kaseh, Vitagen, Eat Slim, Farm Fresh, Amazin’ Graze, Fruits Garage, Impulse Training and Oil Fantastic by Wondermilk.

COO Impulse, Charles Lee membuat demo penggunaan “Compress Suit”

Salah satu daripada vendor yang terlibat adalah Impulse Studio dimana mereka terangkan dengan lebih mendalam tentang program EMS Training yang mereka jalankan di studio-studio mereka. EMS ialah teknologi yang menyampaikan impuls elektrik kepada otot. Ia telah digunakan dalam bidang perubatan selama beberapa dekad, tetapi kini ia digunakan di gimnasium untuk membantu orang ramai membina otot dengan lebih cepat dan cekap. Peranti EMS menghantar impuls elektrik melalui badan, merangsang otot dan membuatnya mengecut. Penguncupan ini menjadikan anda lebih kuat dan cepat kerana otot anda mendapat senaman setiap kali anda menggunakannya.

Jinie sedang menerangkan kaedah yang digunakan di Impulse Studio

“Kaedah Impulse yang pantas dan cekap direka khas untuk menjimatkan masa dalam membantu mencapai matlamat kesihatan anda dengan lebih cepat” kata Jinie Kamal, Pengasas dan Pemilik Impulse Studio

Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu memberi kesedaran tentang kesihatan mental dan fizikal dikalangan masyarakat Malaysia.

 

PALING POPULAR

To Top