Umum

Angka korban meningkat kepada 4,372 dan boleh mencecah 20,000

Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria pada Isnin meningkat kepada 4,372.

Angka korban di Turkiye meningkat kepada 2,921 setakat pagi Selasa dengan 15,834 dilaporkan cedera, menurut ketua perkhidmatan bencana Turkiye Yunus Sezer dalam sidang akhbar di Ankara.

Sezer berkata beliau akan memaklumkan kemas kini yang lebih komprehensif pada jam 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Manakala di Syria, 1,451 kematian dan 3,531 kecederaan telah dilaporkan oleh pihak berkuasa.

Menurut pegawai kecemasan kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Catherine Smallwood, Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria boleh meningkat kepada lebih 20,000.

Itu, berdasarkan pemerhatian agensi itu dalam kes-kes terdahulu melibatkan kejadian bencana gempa.

Pada Isnin, gempa bumi kuat 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria meranapkan ribuan bangunan.

PALING POPULAR

To Top