Umum

Anwar mempertahakan lantikan Nurul Izzah sebagai ‘penasihat kanan’ kewangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan keputusan melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Beliau juga memberi jaminan bahawa Nurul Izzah tidak akan menyalahgunakan kedudukannya.

Beliau tetap berpegang teguh dengan keputusannya walaupun mendapat kritikan daripada rakyat.

“Saya sudah beri penjelasan. Satu, dia tidak akan menerima sebarang imbuhan.

“Dua, tidak ada kemungkinan dia menggunakan jawatan itu untuk mempengaruhi keputusan mengenai tender atau kontrak.

“Saya memerlukan kepakaran beliau untuk membantu saya, tetapi biarpun begitu, biar saya tegaskan bahawa beliau berada di sana untuk melindungi dan meneruskan agenda tadbir urus (baik) dan tidak rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada Isnin.

Pada 29 Januari lepas melaporkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.

Anwar kemudian menjelaskan bahawa pelantikan Nurul Izzah tidak melibatkan bayaran elaun.

Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top