Umum

Ayam hilang selera makan, bekalan ayam kurang? Apa adahal, ini penyelesaiannya…

Isu kekurangan ayam segar masih membelengu rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan pengguna.

Bila ditanya kepada penternak mengapa bekalan ayam segar berkurangan, jawapan meraka kerana “ayam hilang selera makan akibat cuaca panas”.  Kelakar statement yang diberikan ini, macam baru kali pertama Malaysia panas.

Statement ini juga disokong oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Kawtim baik menteri dengan kartel *eh! Jahat mulut 

Tak apalah, jangan marah-marah. Gaduh berebut ayam, marilah min kongsikan resepi untuk mengantikan ayam dalam masakan. Rasa pasti onz teruk! Sekali sekalalah kita jadi vegetarian, boleh diet dan hidup sihat.

Tauhu Kang Pao Cina

Biasa bila kita makan di Restorant Chinese Muslim, mesti akan order ayam kung pao kan? Apa kali ini, kita ubah masakan itu dengan tauhu.

Tapi pastikan tauhu yang korang beli itu keras, jangan beli tahu lembik ye. Hancurkan tauhu itu, perah airnya dan bekukan untuk tektur dia kental seperti ayam.

Nugget tempe breaded

Ini adalah versi rendah lemak, mana-mana akak yang nak diet bolehlah cuba. Jangan beli yang “made from plant” dekat supermarket harganya keras, baik buat sendiri.

Caranya dengan salutkan tempe bersama bread crumbs, digoreng sehingga kuning keemasan dan dihidangkan bersama sambal pedas hingga menitiskan peluh keringat ketika membanting tulang. Pasti, terangkat!

Cendawan butter

Ini berlemak sikit ye, tapi jangan pakai cendawan tiram memang layu dimakan dek apilah. Boleh cuba cendawan butang. Fuh! Rasa kenyal ketika digigit itu, menambahkan lagi selera. Silap-silap bertambah pinggan cik abang menambah nasi.

Buffalo Wing

Teringinlah nak gigit chicken wing, tapi chicken wing di supermarket sebesar burung puyuh. Haih! Tak lalu nak makan.

Jangan risau, korang boleh gantikan dengan tepung. Tak susahpun, uli tepung sehingga kental menjadi seperti doh karipap dan gorengkan bersama bread crumbs.

Kemudian salutlah tepung tadi bersama sos korea, rasanya sebijik macam dekat kedai korea yang famous itu.

Lain macamkan olahan resepi ayam kita ini, tapi nak macam mana sementara tunggu ayam ada selera makan semula terpaksalah kita diet ayam hihi.

Bagi peminat ayam, jangan bersedih! Kita mesti boleh harungi permasalahan ayam berkurangan dipasaran. Selamat mencuba semua, dah cuba jangan lupa bagitahu feedbacke ye.

PALING POPULAR

To Top