Umum

BN berjaya pertahan kerusi DUN Pelangai

Foto Facebook UMNO Online

PRK DUN Pelangai telah menyaksikan sebanyak 72.12% daripada 16,383 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat.

Pekara itu telah disahkan oleh SPR semasa mengumumkan keputusan PRK itu, dimana Barisan Nasional (BN) telah mempertahankan kerusi DUN Pelangai pada PRK kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan calon BN Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi, namun dengan majoriti undi lebih rendah berbanding pada PRU15.

Pada PRU 15, calon BN, Datuk Seri Johari memenangi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Kiraan akhir mendapati calon BN berjaya memenangi 7,324 undi mengalahkan calon PN yang memenangi 4,375 undi dan calon bebas yang hanya dapat 47 undi.

PRK ini diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai dengan kematian penyandang, Johari Harun, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos.

 

 

PALING POPULAR

To Top