Umum

Gerhana bulan separa dapat dilihat bermula pagi Ahad ini

Gambar Hiasan

Orang ramai berpeluang menyaksikan menyaksikan fenomena gerhana bulan separa bermula pada Ahad ini.

Planetarium Negara menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, fenomena berkenaan dapat dilihat bermula jam 3.35 pagi hingga 4.52 pagi.

“Kesan gerhana kekal kelihatan dari jam 3.35 pagi, capai kemuncaknya pada 4.14 pagi dan berakhir 4.52 pagi.”

Gerhana penumbara dijangka tamat pada 6.26 pagi.

Bagi yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, imej gerhana bulan separa akan disiarkan melalui penstriman langsung di laman Facebook dan YouTube Planetarium Negara.

PALING POPULAR

To Top