Umum

GPS berjaya pertahan kerusi DUN Jepak

Gambar UKAS

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempertahankan DUN Jepak dengan majoriti lebih baik pada pilihan raya kali ini.

Unit Komunikasi Awam Sarawak menerusi suatu infografik di Facebook melaporkan calon GPS, Iskandar Turkee, mendahului persaingan tiga penjuru dengan majoriti 8,784 undi.

Beliau meraih 9,638 undi untuk menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang yang meraih 854 undi dan Aspirasi yang meraih 431 undi dengan peratusan keluar mengundi dilaporkan 48.57%.

Pada PRN lalu, GPS memperoleh majoriti 4,243 undi, selepas menewaskan Parti Sarawak Bersatu, PBK, dan calon bebas.

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu selama enam penggal, Talib Zulpilip, pada 15 September lalu.

 

Sumber UKAS Sarawak

PALING POPULAR

To Top