Umum

PRK DUN Jepak melibatkan 22,731 pengundi berdaftar

Gambar Hiasan

Seramai 22,731 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak hari ini.

PRK DUN Jepak akan melibatkan 14 pusat mengundi dengan 45 saluran yang dibuka pada jam 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada jam 5.30 petang manakala 3 lagi pada jam 4 petang.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 73 kertas undi pos kepada pemilih berdaftar yang layak termasuk 43 anggota dan pegawai polis.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK ini mencapai 65 peratus.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya untuk hampir enam penggal, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip daripada GPS pada 15 September lepas.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang diadakan pada Disember 2021, Allahyarham Talib yang menyandang kerusi DUN Jepak sejak tahun 1996 berjaya mempertahankan kerusi dengan memperoleh majoriti 4,243 undi.

PALING POPULAR

To Top