Umum

Harga ayam, sayur dijangka naik

Ekoran ketidaktentuan cuaca ketika ini, aktiviti  pengeluaran bahan mentah negara didapati bakal alami pengurangan sehingga 30% – ini melibatkan bekalan ayam, telur dan sayur-sayuran. Ketirisan itu bersama peningkatan permintaan menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri ini kelak, turut akan mempengaruhi kenaikan harga bahan mentah di pasaran.

Mengikut laporan bersama segelintir persatuan kebun negara,  dijangka dalam tempoh 2 minggu sahaja lagi – untuk bekalan sayur akan berlakunya ketirisan sehingga 30% dan situasi itu bakal meningkatkan harga sekitar 20% di pasaran. Situasi ini berlaku berikutan terdapat kawasan penanaman di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka berdepan masalah banjir.

Malah bekalan telur juga dijangka akan alami pengurangan disebabkan faktor yang sama. Terdapat peladang memaklumkan penghasilan telur biasa telah berkurangan daripada 500,000 biji sehari kepada 450,000 biji sehari. Ketirisan ini dijangka akan beri kesan kepada penyedia kuih raya dan meningkatkan harga produk tersebut di pasaran kelak.

Sementara bekalan ayam pula, dimaklumkan para peniaga telah menjangkakan peningkatan harga akan berlaku sempena dua musim ini. Kenaikan ini didorong hasil permintaan yang tinggi, diikuti berlakunya peningkatan harga bagi jualan anak ayam ketika ini.

PALING POPULAR

To Top