Umum

Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi

Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta diminta dibicarakan terhadap satu pertuduhan lagi dihadapinya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

Presiden Bersatu itu yang sedang berdepan pendakwaan bermotif politik oleh kerajaan pemerintah berhubung dana kepada partinya juga memohon perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan sekali dengan pertuduhan lain dihadapinya.

“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan (PN) dan bekas Perdana Menteri.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti.

Kesalahan itu dilakukan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, 7 Januari 2022.

Pertuduhan tersebut juga menyebut berhubung wang dimasukkan ke akaun peribadi Muhyiddin, berbeza dengan kes seorang pemimpin UMNO sebelum ini yang menyimpan wang tunai dan barangan kemas di rumah peribadi.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Oleh demikian, tertuduh boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan berkenaan dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

Muhyiddin pula diwakili sembilan peguam iaitu Datuk K Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohd Isa Mohamad Basir, Shahir Ab Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top