Business

Harga minyak sawit mentah lepasi RM8,000 satu tan

Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia mencecah RM8,000 satu tan buat pertama kali pada selasa 1 Mac selepas harga MSM MAC 2022 naik sebanyak RM640 kepada rekod tertinggi RM8,091.

Pada 4.50 petang, harga MSM Mac 2022 telah berkurangan kepada RM8,072 satu tan.

Harga pembukaan MSM Mac 2022 ialah RM7,365 satu tan, manakala harga bida dan tanya masing-masing RM8,068 dan RM8,100.

Awal minggu ini peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata MSM dijangka didagang dengan kecenderungan menurun pada minggu ini.

Menurutnya kontrak niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan berikutan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Pada Jumaat, MSM ditutup lebih rendah disebabkan aktiviti pengambilan untung dengan harga MSM melepasi RM7,000 satu tan metrik buat kali pertama pada Khamis.

PALING POPULAR

To Top