Umum

Harga sayur dijangka naik, akibat hujan tidak menentu!

Hujan lebat berterusan yang melanda negara telah mengurangkan bekalan hasil tanaman, sekali gus harga sayur-sayuran dijangka naik dalam masa terdekat, menurut laporan Channel News Asia.

Menurut, persatuan pemborong sayur-sayuran Malaysia Steven Lee, hujan berterusan telah mengurangkan bekalan sebanyak 20 hingga 30 peratus di kawasan pengeluaran tanaman seperti Melaka, Cameron Highlands dan pasar di bahagian Kuala Lumpur.

“Biasanya, pada suku ketiga tahun ini, antara Julai dan Oktober, cuaca akan baik dan akan berlaku pengimbangan semula bekalan. Petani akan mendapat hasil tanaman yang baik dan harga akan jatuh.

“Tetapi pada tahun ini, kita tidak melihatnya sama sekali dan harga semakin naik dan berkemungkinan akan terus naik,” katanya kepada portal berita itu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peladang Sayur Yong Peng Cheng Tai Hoe berkata bekalan hasil tanaman daripada petani di utara Johor telah menurun kira-kira 20 peratus pada bulan lepas.

Dia berkata penurunan dalam bekalan akan menyebabkan harga meningkat disebabkan kuasa pasaran, yang akan membataskan kuasa beli pengguna terhadap sayur-sayuran.

Mengambil kira corak cuaca yang tidak menentu, Lee berkata petani sedang mempertimbangkan untuk membina rumah hijau untuk penanaman sayur.

“Bagi ladang dengan rumah hijau, kesan cuaca panas atau hujan yang berpanjangan adalah lebih kurang. Hujan lebat tidak memberi kesan kepada perniagaan ini kerana hasil tanaman lebih konsisten,” jelasnya.

“Malah, dalam tempoh harga tinggi akibat kejatuhan bekalan, petani yang menggunakan rumah hijau ini menang kerana mereka mampu mengaut hasil yang lebih tinggi,” katanya dipetik sebagai berkata.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) pada satu kenyataan hari ini meramalkan musim hujan akan berlarutan untuk beberapa bulan akan datang.

Ia menyatakan hujan dijangka melanda beberapa bahagian negara sehingga pertengahan September.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan hujan mungkin dijangka di banyak bahagian negara sehingga Februari 2023, disebabkan monsun timur laut tahunan yang biasanya berlaku dari Oktober hingga Mac.

Sumber: Malaysia Kini

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top