Umum

Najib mohon perintah supaya keputusan rayuan utama diketepikan dan dilepaskan serta merta

Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta kes SRC.

Beliau memfailkan notis itu pada jam 4 petang Selasa, melalui Tetuan Shafee & Co dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Rahmat Hazlan.

Menerusi notis usul yang diperoleh, Najib menfailkan permohonan untuk menyemak keputusan kemasukan bukti baharu membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, membuat permohonan itu bagi menyemak semula keputusan yang menolak penangguhan prosiding utama dan isu menggugurkan Ketua Hakim Negara daripada rayuan itu.

Ia turut membabitkan keputusan kes SRC dan penangguhan pelaksanaan sabitan serta hukuman sementara menunggu perbicaraan permohonan semakan itu.

PALING POPULAR

To Top