Umum

Jokowi contoh pemimpin terbaik berbanding Ismail Sabri, kenapa?

Baru-baru Trending di Twitter nama Joko Widodo, apabila President Indonesia itu memuat naik gambar beliau bertemu dengan Elon Musk ketika beliau membuat lawatan ke Amerika Syarikat.

Rata-rata rakyat Malaysia menganggap Jokowi adalah pemimpin terbaik dengan tidak mensia-siakan pas lawatan yang diberikan untuk pergi melawat ke syarikat gergasi disana.

Ia bagaikan satu tandingan besar, dimana Indonesia mencari satu peluang dalam pelaburan baru dengan Tesla dan dapat melawat pembuatan roket di Space X kepunyaan Elon Musk.

Sementara, Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri hanya berkunjung untuk menghadiri sidang Khas ASEAN-Amerika Syarikat yang dipengerusikan oleh President, Amerika Syarikat, Joe Biden.

Malah pertemuan beliau bersama Elon Musk hanya berakhir dengan cadangan beliau kepada syarikat aeroangkasa SpaceX milik Musk itu membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik.

Selain itu, Ismail Sabri semasa pertemuan dengan Presiden AS Joe Biden pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS, 14 Mei lalu turut membangkitkan isu Palestin dan menggesa Washington menggunakan pengaruhnya dalam menyelesaikan jenayah kemanusiaan itu.

Bagi penyokong Ismail Sabri, ia bagaikan satu perkara terbesar yang telah dilakukan oleh beliau.

Walhal, Jokowi sudah berada dikemuncak dalam perbincangan mengenai pelaburan Tesla di Indonesia.


Perjumpaan Ismail Sabri bagaikan “mencurah air kedaun keladi”

Namun, kepulangan beliau dari Amerika Syarikat disambut oleh 400 penyokong dan pemimpin UMNO dengan disambut lagu ‘Inilah Barisan Kita’ dan pelbagai kain rentang antaranya,

“DSIS lantang perjuangkan rakyat Palestin di depan pemimpin dunia”, “Salute keberanian YAB PM tak gentar perjuangkan isu keamanan depan pemimpin dunia” dan “Thank you PM DSIS less talk, more action”.


Ia bagikan satu sambutan yang sia-sia, walhal netizen mempertikaikan kemana kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri untuk membantu rakyat Malaysia meneruskan hidup selepas Covid-19 melanda Malaysia.

PALING POPULAR

To Top