Umum

Mohammad Agus sudah dedahkan kepada polis indentiti Mr. H

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff telah mendedahkan identiti “Mr. H”, individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan video perbualan tidak senonoh yang tular kepada pihak polis.

Mohammad Agus telah mengesahkan perkara demikian ketika ditemui media selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Saya dah jumpa pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan dan saya telah dedahkan siapa ‘Mr H’,” katanya.

Menurutnya, semua soalan berkaitan dengan video tular yang ditanya pihak polis telah dijawab olehnya.

Ditanya mengenai seorang lagi individu yang dikenali sebagai Abdul Wahab, pihaknya memaklumkan polis akan memanggil beliau dalam masa terdekat.

Selain itu, Mohammad Agus turut memberitahu, pihaknya telah membuat laporan polis yang kedua berikutan video tular di aplikasi TikTok pada Isnin.

Menurutnya, laporan polis itu dibuat terhadap Raja Petra berikutan wujud maklumat sulit yang telah terdedah melibatkan dirinya dan keluarga.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan video yang berunsur tidak senonoh antara 2 lelaki didakwa mirip Mohammad Agus.

Mohammad Agus pada sidang medianya, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

PALING POPULAR

To Top