Minggu lalu, heboh dengan pembubaran parlimen yang dibuat besar-besaran dalam Majlis Top-5 UMNO berikutan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi.
Ia disambut baik Oleh Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang mengatakan “BN tak kisah PRU-15 musim banjir, sanggup redah berkempen”.
Apa yang dapat kita lihat, mereka sangat bersemangat untuk adakan Pilihan Raya Utama Ke-15 (PRU-15) pada tahun ini, tanpa memikirkan tentang keadaan rakyat ketika ini.
Semalam, Bung Moktar seorang Majlis Tertinggi UMNO telah menyatakan hasratnya untuk Perdana Menteri melakukan PRU secepat mungkin.
Banyak cadangan PM dibantah 'rakan dalam kerajaan', elok bubar Parlimen, dakwa Bung #FMTNews https://t.co/6YfsqwwzTt
— Free Malaysia Today (@fmtoday) September 20, 2022
“Perdana menteri tidak boleh melakukan sesuatu tanpa berunding terlebih dahulu dengan parti yang mendukung kerajaan hari ini, sebab itu ramai melihat kerajaan sementara ini tidak boleh mentadbir terlalu lama sebab banyak faktor negatif akan berlaku,
“Jalan terbaik ialah Perdana Menteri mesti membubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya tahun ini,”
Dakwa Bung lagi, kerajaan Ismail Sabri tidak bebas dalam melaksanakan hala tuju pentadbirannya kerana kononnya cadangan sering dibantah rakan dalam kerajaan.
“Kedua, Perdana Menteri tidak bebas melaksanakan hala tuju ekonomi sebab kebanyakan cadangan dibantah oleh rakan dalam kerajaan,” katanya lagi.
Menjadi persoalan disini, adakah betul mereka ingin mengadakan PRU demi menyelamatkan ekonomi dan rakyat ataupun hanya ingin melepaskan diri dari segala dakwaan mereka di Mahkamah?
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen pada Jumaat, 2 September 2022 atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.