Umum

Lebih ramai bukan bumiputera diseru menyertai Angkatan Tentera Malaysia

Kementerian Pertahanan menyeru kaum bukan Bumiputera untuk menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamaya Tentera Darat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelbagai usaha promosi telah dilakukan tetapi kadar kemasukan kaum bukan bumiputera dalam kumpulan keselamatan itu ketika ini masih tidak mendapat penyertaan yang membanggakan iaitu hanya sebanyak 3 peratus.

Beliau menyasarkan penyertaan bukan bumiputera itu melebihi 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kemasukan anggota.

“Saya menyeru supaya seramai mungkin anak bukan Bumiputera tampil untuk menyertai kerjaya sebagai tentera, emolumen gaji juga sudah diperbaiki, tidak macam dulu, dan perkhidmatan juga lebih baik.” tambahnya lagi.

Beliau juga memohon NGO tertentu untuk bantu agar dapat lihat peratusan penyertaan anak-anak bukan Bumiputera meningkat dalam masa akan datang.

Datuk Seri Mohamad Hasan membuat kenyataan tersebut selepas acara perbarisan tamat latihan perajurit muda lelaki siri 197/2023 dan wanita siri 48/2023 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson.

Dilaporkan seramai 1,013 perajurit muda Tentera Darat yang terdiri daripada 661 orang lelaki dan 352 wanita berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan selama enam bulan di pusat latihan itu.

 

 

Sumber Kementerian Pertahanan

 

PALING POPULAR

To Top