Umum

Mas Ermieyati kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah

Gambar FB Mas Ermieyati

Mahkamah Pilihan Raya Melaka telah membuat keputusan untuk mengekalkan kemenangan Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Abu Bakar Katar selepas menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membatalkan kemenangan kerusi itu.

Pada 3 Januari lalu, Abdul Hakim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Pilihan Raya Melaka atas dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati berjaya mengekalkan kerusi itu selepas mahkamah menolak petisyen berkenaan.

Pada PRU 15, Mas Ermieyati memenangi kerusi parlimen berkenaan buat penggal ketiga dengan majoriti 4,411 undi(25,604) selepas menewaskan Abdul Hakim(BN), 21,193 undi, Mutalib Uthman (MUDA)7,445 undi, dan Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG) 507 undi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top