Umum

Mindef siap siaga hantar ATM sekiranya ada diputuskan

Gambar Hiasan

Kementerian Pertahanan (Mindef) bersiap siaga menghantar pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya Kementerian Luar membuat keputusan mengenai isu pergolakan Palestin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota itu juga termasuk pasukan pengaman Malaysia Battalion (MALBATT) yang sedang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar tentera pengaman ke Palestin.

Menuru Menteri Pertanahan, keputusan untuk menghantar tentera pengaman secara uniteral ke sesuatu kawasan bergolak bukan keputusan mudah dan memerlukan penilaian pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar, pandangan negara bergolak atau kritikal dan paling utama perlu mendapat mandat jelas daripada PBB.

Mohamad berkata, pada ketika ini, MINDEF mengikuti perkembangan Palestin secara dekat di samping Malaysia komited memberi sokongan terhadap usaha mencapai keamanan sejagat di bawah panji PBB.

Sehubungan itu, MINDEF akan memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Luar jika diperlukan bagi membantu urusan evakuasi rakyat Malaysia di kawasan terkesan di samping memantau tahap keselamatan anggota MALBATT di Selatan Lubnan,” katanya di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, sejak 1960, ATM terbabit 37 misi sama ada sebagai tentera pengaman atau tentera pemerhati seperti seperti misi pengaman di Congo, Namibia, Somalia, Kemboja dan Bosnia Herzegovina, Timor Timur dan terbaharu, selatan Lubnan.

“Sehingga kini ATM masih terbabit dalam lima misi antarabangsa di bawah Misi PBB, iaitu satu Misi Pengaman Lubnan mulai 2007 dan empat misi pemerhati Peluru Berpandu Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Republik Demokratik Congo sejak 2000.

Katanya lagi, “3 lagi pembabitan anggota ialah menerusi misi, Sahara Barat (MINURSO sejak 1991, United Nations Interim Security Force for Abyei (UNISFA) di wilayah Abye sejak 2006 dan Yaman sejak 2021.”

PALING POPULAR

To Top