Umum

Mr.H tidak hadir beri keterangan sebab tidak sihat

Gambar Hiasan

Proses merekodkan keterangan “Mr.H” telah ditangguhkan ekoran individu tersebut tidak sihat.

Proses tersebut yang sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya petang hari Rabu telah ditangguhkan ke tarikh lain.

Dilaporkan media, perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain.

Terdahulu, telah tular di media sosial sebuah rakaman panggilan video mirip bekas Ketua Pengarah JKOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff, dengan seorang individu lain dipercayai Abdul Wahab, yang mengandungi unsur audio lucah dan tidak senonoh.

Mohammad Agus telah tampil bersama Abdul Wahab dalam sidang media pada Jumaat lepas menyatakan video tular itu telah disunting.

Sidang media tersebut turut mengaitkan seorang individu yang digelar “Mr.H” dengan video tersebut.

 

 

 

PALING POPULAR

To Top