Buletin

Najib bakal dikenakan waran tangkap sekiranya perbicaraan dalam talian tidak diteruskan – Mahkamah

Semalam, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan bagi kes SRC International selepas salah seorang peguamnya didapati positif COVID-19.

Namun, pemohonan penangguhan pendengaran mereka untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan didengar pada Selasa ditolak dan harus dilakukan melalui zoom.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, berkata perbicaraan kes rayuan SRC International akan diteruskan pada 12.30 tengah hari secara dalam talian atau waran tangkap akan dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, keputusan rayuan Najib terhadap sabitan kesalahannya juga akan diteruskan esok.

Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar permohonan yang difailkan oleh Najib pada 1 Dis lalu di mana Ahli Parlimen Pekan itu meminta Mahkamah Rayuan membenarkan dan mengarahkan bukti viva voce (bukti lisan) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki antara lain untuk diambil bagi tujuan rayuan Najib.

PALING POPULAR

To Top