Buletin

Najib memohon penanguhan kes akibat Covid-19

Najib Tun Razak yang dijadualkan ke mahkamah pada 7 Disember ini bagi mengemukakan bukit baharu kepada rayuan SRC International Sdn Bhd telah memohon menangguhkan pendengaran kes disebabkab salah seorang peguamnya didapati positif Covid-19 manakala yang lain telah menjadi kontak rapat.

Perkara itu, telah dimaklumkan kepada mahkamah melalui Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendedahkan isi surat itu kepada akhbar lewat malam tadi.

Mahkamah Rayuan yang sepatutnya mendengar permohonan yang difailkan oleh Najib pada 1 Disember, di mana Ahli Parlimen Pekan itu meminta mahkamah rayuan membenarkan dan mengarahkan bukti viva voce (bukti lisan) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.

Dalam suratnya, Muhammad Shafee meminta mahkamah mengosongkan perbicaraan untuk kedua-dua prosiding hari ini dan esok kerana peguam, yang merupakan anaknya, Muhammad Farhan, telah disahkan positif Covid-19 pada 6 Dis.

Manakala, Seorang lagi peguam di firmanya, Zahria Eleena Redza, turut memaklumkan dua lagi anggota pasukan pembelaan Harvinderjit Singh dan Farhan positif Covid-19 berdasarkan keputusan ujian pada 6.08 petang semalam.

“Pada 4 Dis, Muhammad Shafee bersama Muhammad Farhan dan isterinya telah menghadiri majlis sambutan dan bertemu dengan rakan-rakan terdekat serta saudara mara yang turut melibatkan keluarga Zahria Eleena termasuk ibunya, Datin Edwina Patricia Totu,” kata Muhammad Shafee.

Selepas dimaklumkan oleh Zahria Eleena tentang ibunya, semua peguam di firma itu telah melakukan ujian kendiri Covid-19 , kata Muhammad Shafee. Ujian Muhammad Farhan didapati positif dalam tiga kit ujian berbeza manakala selebihnya negatif.

“Justeru status MySejahtera kesemua mereka yang terlibat telah bertukar kepada kontak biasa atau rapat kerana menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan ujian PCR.

“Berdasarkan alasan di atas, kita mempunyai tanggungjawab sosial terhadap mahkamah dan pihak terlibat untuk memaklumkan perkara itu kepada semua orang.

“Kami tidak menjangka perkara ini berlaku tetapi menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan keselamatan mereka yang terlibat dalam rayuan ini,” tambahnya.

Seorang pegawai mahkamah berkata perbicaraan pagi ini akan diteruskan dalam “gaya hibrid” di mana panel hakim dan pihak pendakwaan akan berada di mahkamah terbuka manakala pihak pembelaan akan mengambil bahagian melalui Zoom.

PALING POPULAR

To Top