Umum

Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia

Pelakon Badrul Muhayat telah meninggal dunia pada usia 55 ketika tidur di Pulau Pinang, pagi Sabtu.

Berita sedih itu disahkan pelakon Anne Abdullah menerusi senuah hantaran di laman Facebook miliknya.

Difahamkan, Anne mendapat berita itu daripada isterinya, Norhayati Zulkapli yang menemuinya tidak sedarkan diri selepas percubaan untuk mengejutnya.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah memaklumkan menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya bahawa jenazah Allahyarham Badrul Muhayat telah berlepas dari Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada jam 7.40 malam selepas dimandi dan dikafankan.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Hidayah Sentul dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Karak/ Batu Muda pada Ahad jam 10 pagi.

Badrul dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan dengan bekas isterinya, Julia Daud.

Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

 

 

PALING POPULAR

To Top