Umum

Pelaksanaan gaji minimum bagi majikan kurang 5 pekerja ditangguhkan pada 1 Julai 2023

Penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan ditangguhkan.

Keputusan itu diumumkan, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dalam kenyataannya hari ini selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada tahun hadapan.

Katanya, Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 telah berkuatkuasa mulai 1 Mei lalu dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

“Manakala, bagi semua majikan yang menggajikan kurang dari lima (5) orang pekerja, telah diberi pengecualian dan pelaksanaan PGM 2022 sebanyak RM1,500 sebulan berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

“Namun, setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari lima (5) orang, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan kuat kuasa Gaji Minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini,” katanya.

Menurut Sivakumar, penangguhan tambahan enam bulan idiharap dapat memberikan peluang kepada majikan untuk menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat-syarikat yang menggajikan kurang daripada lima pekerja.

PALING POPULAR

To Top