Umum

Netizen tidak puas hati pembubaran parlimen terburu-buru!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tarikh pembubaran parlimen bermula hari ini 10 Oktober 2022 dalam perutusan khas sebentar tadi dan sekaligus memulangkan mandat semula kepada rakyat Malaysia.

Ini bermaksud dalam masa 60 hari bermula hari ini, akan diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dikala, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memanjatkan kesyukuran akan pembubaran parlimen ini di Facebooknya tetapi tanpa mereka sedari ramai yang mengecam pembubaran parlimen hari ini.

Rata-rata netizen tidak bersetuju Pilihan Raya Umum ini diadakan dalam tempoh terdekat kerana perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini, dan beberapa negeri sudah mengalami banjir.

Netizen turut mengecam Ismail Sabri yang terlalu mengikut telunjuk Zahid Hamidi sehingga tidak ambil peduli kepentingan rakyat yang bakal berdepan bencana.

Selain itu, netizen juga berang dan menolak untuk mengundi ‘geng penyamun’ yang terlalu inginkan PRU-15 kerana masih ada kes di Mahkamah.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Disebabkan itu juga, rakyat menganggap keputusan pembubaran parlimen ini terlalu terburu-buru.

PALING POPULAR

To Top