Umum

Penduduk Kelantan nafi masalah kekurangan gula sudah diatasi

Masalah kekurangan bekalan gula paket 1 kilogram (kg) di Kelantan dan Terengganu sudah diatasi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin menjelaskan, kekurangan bekalan gula 1kg di dua negeri tersebut adalah disebabkan penutupan sementara kilang MSM di dua lokasi sempena Aidilfitri.

“Berlakunya kekurangan di dua negeri ini akibat penutupan sementara kilang MSM di Johor dan Prai sempena Aidilfitri, dan kedua-dua kilang ini telah beroperasi semula pada 25 April tahun ini.

Namun, menurut pengguna di Kelantan, Ainy Md Yunos dari Pengkalan Chepa berkata dia sudah kehabisan gula sejak tiga hari lalu dan mencari di beberapa kedai runcit namub tidak berjaya.

“Saya terpaksa menggantikan gula dalam masakan dan minuman saya dengan stevia,” katanya kepada Bernama semalam.

Penjual sate Siti Aminah Awang, 65, dari Kampung Baung berkata, dia memerlukan lebih 20kg gula sehari untuk menghasilkan kira-kira 2,000 batang sate.

“Kekurangan bekalan gula sedikit sebanyak mengganggu perniagaannya memandangkan gula merupakan antara bahan utama dalam masakan dan minuman,” ujarnya.

Sementara itu, pengusaha kedai runcit Sepiah Ismail, 64, dari Kampung Landak berkata, bekalan gula di kedainya habis dijual sejak dua hari lalu. Kebiasaanya dia akan membeli sebanyak 240kg gula dari pembekal daerah itu untuk memenugu keperluan pelanggannya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail ketika dihubungi berkata pihaknya mengagihkan 250,000kg gula semalam ke beberapa pasar raya di negeri ini.

“Bekalan (gula) ini akan diagihkan secara berperingkat termasuk kepada pemborong dan peruncit dari semasa ke semasa.

“Kami menjangkakan masalah kekurangan gula dapat diselesaikan dalam masa dua hari,” katanya.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa peniaga-peniaga di Kelantan dan Terengganu mengalami masalah mendapatkan bekalan gula di pasaran.

Keadaan tersebut memaksa peniaga kedai makan di Kelantan menggantikan bahan mentah itu dengan menggunakan susu pekat bagi meneruskan perniagaan berasaskan minuman.

PALING POPULAR

To Top