Umum

Penentuan proses rayuan Najib Tun Razak

Bermula hari ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melalui proses rayuan terakhirnya berhubung sabitan terhadap kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Media melaporkan proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.

Prosiding selama sembilan hari itu dijangka akan didengari panel lima hakim, namun sehingga artikel ini ditulis, media masih belum mendapat senarai hakim yang berkenaan.

Prosiding ini dijangka dimulakan dengan pendengaran permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu membabitkan hakim bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Sekiranya permohonan itu gagal, prosiding akan diteruskan dengan rayuan akhir itu.

PALING POPULAR

To Top