Buletin

Perdana Menteri Singapore, TYT Lee Hsien Loong bertanya khabar TSYM

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi cerita di laman sesawang Facebook bahwa Perdana Menteri Singapura TYT Lee Hsien menghubungi beliau bertanyakan khabar dan perkembangan terkini setelah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Dalam perkongsian itu, TYT Lee Hsien merakamkan penghargaan terima kasih kerana pernah bekerjasama sepanjang setahun lebih menjadi rakan sejawat dan beliau juga mengharapkan dapat meneruskan hubungan dua hala antara dua negara.

Selain itu, beliau berkata “Saya menaruh keyakinan hubungan baik Malaysia-Singapura ini akan terus ditingkatkan dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ismail Yaakob”

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga amat menghargai nilai persahabatan yang ditunjukan oleh TYT Lee Hsien Loong, sejak dari perkenalan mereka ketika TSYM berjumpa di tambak Johor.

Tambahan TSYM, beliau mendoakan agar TYT Lee Hsien Loong diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan untuk mentadbir Singapure.

PALING POPULAR

To Top