Umum

Syed Saddiq ahli politik pertama dihukum sebat

Gambar Hiasan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi ahli politik pertama dijatuhkan hukuman sebat selepas didapati bersalah melakukan jenayah kolar putih.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dikenakan hukuman berkenaan selepas Mahkamah Tinggi pada Khamis mendapati dia bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Ahli Parlimen Muar berusia 31 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan dan denda berjumlah RM10 juta atas kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, Syed Saddiq hukuman tersebut ditangguhkan kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Hukuman sebatan adalah hukuman mandatori bagi pertuduhan jenayah pecah amanah (Criminal Breach of Trust) dengan pengecualian diberikan untuk keadaan tertentu termasuk pesalah wanita dan individu berumur 50 tahun ke atas.

PALING POPULAR

To Top