Umum

Peserta Ironman Muhaini Mahmud meninggal dunia

Seorang peserta wanita perlumbaan triathlon Ironman di Langkawi meninggal dunia selepas dirawat di hospital akibat lemas ketika pertandingan itu semalam.

Menurut laporan di Awani, pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, Muhaini Mahmud berusia 44 tahun telah disahkan meninggal dunia selepas ditidurkan bagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut keluarganya, Muhaini menghembus nafas yang terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Maliha.

Pada hari Sabtu, Harian Metro melaporkan, Muhaini berada dalam keadaan kritikal selepas dilaporkan mengalami “isu kesihatan” ketika acara renang dalam pertandingan itu.

 

 

Sumber Harian Metro, Awani

 

PALING POPULAR

To Top