Umum

PN komitted kepada perjuangan Palestin

Perikatan Nasional (PN) menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan di Semenanjung Gaza.

Dalam suatu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Ahad, PN juga mengutuk pencerobohan berulang kali terhadap Masjid Al-Aqsa yang ternyata menjadi antara sebab utama peningkatan ketegangan di rantau itu.

Katanya, “masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas dan tegas untuk memaksa Israel menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan,”

Israel mesti menghormati resolusi-resolusi antarabangsa yang telah diputuskan melalui Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan mengakui hak serta sejarah rakyat Palestin.

Masyarakat antarabangsa mesti menghalang peristiwa ini daripada menjadi alasan untuk serangan baharu Israel yang mengancam nyawa orang awam Palestin di Gaza.

Kenyataan itu yang keluarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN mengulangi komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin yang adil dan hak yang sah bagi rakyat Palestin.

“PN dengan tegas menyokong penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan tahun 1967,” ujarnya.

PN juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan segera dengan mengusulkan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengecam pencerobohan Israel dan menzahirkan solidariti dengan rakyat Palestin.

“Adalah penting bagi masyarakat antarabangsa berdiri bersama untuk menangani krisis ini dan berusaha ke arah penyelesaian yang aman dengan menghormati hak rakyat Palestin,” katanya.

PALING POPULAR

To Top