Umum

PRN: Pertikaian mengenai calon PN sudah reda, selesai – Ahmad Faizal

Pertikaian mengenai calon Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan peluang parti meraih kemenangan.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengakui kemungkinan berlaku sedikit rasa tidak puas hati dan kecewa apabila seseorang tokoh pemimpin itu tidak dinamakan sebagai calon.

Bagaimanapun, katanya selepas penamaan calon, perkara itu telah reda dan dapat diselesaikan dengan baik.

“Kami sentiasa menekankan kepada ahli-ahli kita bahawa yang bertanding ini adalah parti kita, calon tersebut hanya mewakili kita dan akhirnya apabila kita memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri, kita bekerja sebagai satu pasukan.

“Bermaksud semua orang pendukung parti adalah calon pilihan raya pada hari ini, tetapi calon yang dinamakan itu adalah sekadar wajah mewakili parti kami,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis ramah mesra dan kemasukan ahli baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak di Ipoh, pada Ahad.

Terdahulu media melaporkan mengenai ketiadaan nama Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon PN di Kelantan dan tindakan Pas memboikot Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

Ahmad Faizal berkata, walaupun ramai menganggap kerusi Bayan Lepas sesuai ditandingi oleh calon Melayu tetapi PN membuktikan keindahan parti apabila boleh meletakkan calon bukan Melayu di kawasan itu.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top