Umum

Puteri Sarah menerima rawatan di hospital akibat demam panas

Gambar IG story puterisarahliyana

Pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya telah dirawat di sebuah hospital swasta pada hari Sabtu akibat demam.

Pemakluman itu dibuat menerusi hantaran di media sosial miliknya pada hari Ahad.

Menurut Puteri Sarah, dia telah merasakan dirinya kurang sihat sejak beberapa hari namun memilih untuk meneruskan kerja kerana memikirkan badannya masih larat.

“21/10/23, lima hari demam, badan rasa panas/sejuk sangat tapi tak rasa. Cuma rasa penat sangat. Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat, tak rasa langsung sebenarnya sakit,” tulisnya di hantaran tersebut.

Berikutan itu, “pada jam 11 malam, saya mengambil keputusan untuk ke hospital dan beritahu doktor rasa nak demam,” maklumnya.

Bagaimanapun, apabila sampai di hospital, doktor memaklumkan suhu badannya sudah mencecah 40 Celcius dan perlu menerima rawatan segera.

“Astaga. Masuk kecemasan, cepat-cepat drip dengan paracetamol dan vit C. Badan terlalu lemah tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pengsan. Tanpa sedar terus tertidur,” tambahnya lagi.

Puteri Sarah mengakhiri hantaran tersebut dengan menasihati para pembaca untuk segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan sekiranya badan berasa kurang sihat.

“Jadi kesimpulannya, jika rasa tak sedap badan, pegilah check cepat ok. Takut nanti jadi lagi teruk,” tulisnya.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top