Umum

Rakyat bakal berdepan dengan kenaikan harga barang sehingga 60 peratus.

Harga barang naik, harga sayur naik. Harga ayam tak terkawal dan harga gandum bakal meningkat.

Baru sahaja dapat keluarkan KWSP RM10,000 secara One-Off, dan pelaksanaan gaji minimum RM1,500, kini rakyat Malaysia perlu berikat perut semula.

Jangan sesekali overspend, pastikan duit anda digunakan secara bijak kerana Malaysia bakal berdepan dengan peningkatan harga bahan mentah pada bulan depan.

Kita bakal berdepan lagi gelombang kenaikan harga barang mentah yang telah kita rasai sejak Ramadan lalu. Apabila kebanyakan barangan keperluan asas semakin kritikal seperti daging, ayam dan sayur-sayuran yang makin melambung tinggi.

 

Kenaikan harga barang mentah ini akan menjadi isu berantai apabila ia melibatkan peningkatan dalam industri makanan dan minuman (F&B)

Malah, dikatakan ada peniaga yang sengaja menaikan harga barang disebabkan oleh penambahan gaji minimum dari RM1,200 kepada RM1,500.

Namun, haruskah rakyat Malaysia yang menerima tempiasnya apabila kerajaan sendiri yang memberi kuasa untuk menaikan gaji minimum dan BNM menaikan kadar OPR.

Ia adalah satu keputusan yang tidak wajar, sepatutnya Menteri perlu mengkaji sebelum membuat keputusan.

Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan, patutnya dalam fasa endemik ini kerajaan membantu seluruh rakyat Malaysia untuk menjalani hidup yang normal kembali, bukan menggunakan masa ini untuk memeras keringat mereka lagi sehinggakan makin ramai nama tersenarai dalam “miskin tegar”.

Mana slogan #keluargaMalaysia yang dibawa selama ini, ia seperti tengelam dikala ramai rakyat Malaysia terkapai-kapai untuk meneruskan kehidupan.

PALING POPULAR

To Top