Buletin

Kenaikan harga barang, apa kesudahannya?

Isu kenaikan harga barangan dan makanan, terutamanya ayam, sayur-sayuran dan telur, terus menjadi perhatian rakyat, terutamanya dalam suasana sektor ekonomi baru sahaja dibuka semula selepas hampir dua tahun terjejas akibat COVID-19.

Ia terjadi akibat beberapa faktor yang pasti selain fenomena global, adalah masalah yang berlaku pada rantaian pembekalan, iaitu daripada pembekal (penternak dan petani), pemborong, dan peruncit – termasuk masalah logistik.

Susulan kenaikan harga yang merunsingkan masyarakat ini, Pocket Talk telah memanggil Ahmed Hussein Tajuddin selaku Pemangku Yang Di Pertua Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur untuk memberikan pandangan mengenai masalah kenaikan harga barang ini.

Beliau berkata, kenaikan harga barang ini adalah satu kejutan bagi pengguna apabila trend kenaikan barang ini biasanya berlaku pada musim perayaan.

Tetapi pada hari ini ia terjadi apabila sektor ekonomi baru dibuka semula, Walaupun kerajaan bertukar dari satu pentadbiran kepada pentadbiran yang lain, tapi harga barang ini masih tidak dapat ditangani dengan baik.

Beliau dalam ucapannya mencadangankan agar kerajaan membuat satu kaji selidik macam mana atau bagaimana untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang ini.

“Apa yang dapat saya lihat, apabila masalah kenaikan barang ini terjadi, kerajaan akan memberikan jawapan yang standard atau secara umum,”

“Kerajaan seharusnya melakukan satu kaji selidik secara teliti agar benda ini tidak berlaku lagi dimasa akan datang walaupun kenaikan harga barang ini akan berlaku pasa setiap tahun” ujarnya

“Kami dari Dewan Melayu Kuala Lumpur menyeru agar kerajaan dapat atasi isu kenaikan harga barang ini,”

“Pihak kerajaan, dan juga kementerian harus memainkan peranan dan mengambil tindakan secepat mungkin sebelum benda ini berlarutan sebelum tibanya musim perayaan akan datang yang akan lagi menjejaskan keadaan”.

Sesungguhnya, perkara ini bukan hanya membebankan pengguna malah peniaga yang terpaksa menaikkan kos kerana tidak mahu terus menanggung rugi.

Namun tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam memantau harga barang mentah juga dipuji kerana pantas memberi maklum balas.

KPDNHEP terus menggerakkan lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) secara harian untuk memantau harga 480 item di 1,500 premis seluruh negara untuk memastikan pergerakan harga berlaku pada situasi yang munasabah.

PALING POPULAR

To Top