Aidilfitri 2017

Tak sempat perbaiki padang lepas konsert, PSM memohon maaf

Gambar Facebook

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 berikutan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia, malam esok.

PSM dalam suatu kenyataan media memaklumkan permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November lepas,” menurut kenyataan itu.

PSM bagaimanapun memaklumkan pihaknya sentiasa komited melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara di SNBJ pada masa hadapan.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim, yang juga pemilik kelab JDT meninjau keadaan padang dan sesi latihan rasmi JDT menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 di SNBJ hari Khamis.

PALING POPULAR

To Top