Umum

Tol percuma sempena sambutan Deepavali

Gambar Hiasan

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali pada Ahad ini.

“Sebentar tadi saya telah mengumumkan tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya bermula 11 November 2023 (Sabtu) jam 12.01 pagi sehingga 12 November 2023 (Ahad) jam 11.59 malam bersempena dengan sambutan Deepavali,” kata beliau menerusi hantaran di laman facebooknya.

Menurut laporan media, beliau turut menyatakan pengecualian kutipan tol itu tidak termasuk tol di sempandan Negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

“Ini juga selari dengan hasrat kerajaan perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya menurut Astro Awani.

Dengan pengumuman ini, beliau berharap pengguna lebuh raya akan merancang perjalanan sebaiknya.

Dianggarkan 11.8 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di seluruh negara dalam sempena sambutan perayaan itu.

PALING POPULAR

To Top