Umum

Konvoi dari Singapura, 3 Maclaren M4 terlibat kemalangan

Gambar Sinar Harian

3 kereta mewah jenis Maclaren M4 rosak teruk selepas terlibat kemalangan di Jalan Yong Peng-Kluang pagi hari Ahad.

Insiden berlaku apabila 3 daripada konvoi 6 kereta itu berlanggar sesama sendiri ketika memperlahankan kereta menghampiri simpang yang hendak di masuk.

Menurut laporan di Sinar Harian, kereta yang pertama telah memperlahankan kereta, diikuti kereta yang kedua bagaimanapun kereta yang ketiga tidak berjaya memperlahankan kereta lalu hilang kawalan dan merempuh kereta kedua yang berada di hadapannya.

Ekoran itu, kedua-dua kereta tersebut bergerak ke hadapan dan berlanggar kereta yang pertama.

Ketiga-tiga kereta mengalami kerosakan masing-masing di bahagian depan, depan dan belakang serta bahagian belakang, namun pemandu ketiga-tiga kereta tersebut tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, insiden tersebut yang berlaku pada jam 9 pagi melibatkan tiga kereta mewah jenis Maclaren M4.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top