Tular di media sosial satu kemalangan melibatkan sebuah kereta sukan (sport) mewah yang disyaki terbabas melanggar pokok di tepi jalan.
Melalui video tersebut, pemandu tersebut kelihatan selamat daripada kemalangan tersebut.
Menerusi komen yang ditinggalkan pengguna media sosial, mengatakan kereta mewah itu dimiliki oleh Senator Dato’ Armand Abu Haniffa, Ketua UMNO Bahagian Selangor yang baru dilantik sebagai Ahli Dewan Negara berstatus Senator.